Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out

Minggu, 11 Desember 2011

Tips Untuk Menjadi Suami Romantis

Minggu, 11 Desember 2011
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQR6Ayuf39WzV9ANCEudJLVsL4sAlMvgdP-lmEWKS2Mklv1cEHO4q-ZZ4f6stDbJ3a1vtWWpqlVixECRKCzyYaISUxYUpHwbh1pNS9vPfI5hmYl0q-Y4waYwWbBt3DrhcKdEjJoLBv07g/s320/22574860.jpg
ini dia Tipsnya kalau ingin Jadi Suami yang Romantis:

1. Sentiasa memberi ciuman mesra pada isteri.
Anda boleh cium isteri anda samaada di dahi atau boleh juga dimulut pada setiap sebelum keluar bekerja. Si isteri pula bolehlah mencium tangan suami semasa bersalaman. Selain itu, anda juga digalakkan untuk cium isteri sebelum tidur. Ciumlah dahi isteri sambil mengucapkan “I LOVE YOU DARLING”. Sesungguhnya ciuman yang mesra dapat memberi suntikan semangat pada si
isteri dan si suami.

2. Sentiasa memberikan pelukan pada isteri.
Selain daripada mencium, anda juga boleh memeluk atau mendakap isteri anda sebelum keluar bekerja pada setiap hari. Pelukan dapat mengeratkan kasih sayang. Kajian mendapati, orang yang selalu peluk isteri akan jadi lebih bertenaga dan bersemangat.

3. Bercakap dengan lembut dan menggunakan perkataan yang baik.
Setiap perkataan yang kita tuturkan sebenarnya memberikan bekas pada si pendengar. Justru adalah sangat penting menggunakan perkataan-perkataan yang positif dalam perbualan anda dengan isteri. Jangan sekali2 meninggikan suara dan menggunakan perkataan yang menyakitkan hati isteri.

4. Panggil isteri dengan panggilan yang manja.
Panggilah isteri anda dengan panggilan yang paling disukainya. Anda boleh menggunakan panggilan seperti “Dinda”, “Honey”, “Sayang”, “Darling” dan sebagainya bagi menunjukkan betapa kasihnya anda pada isteri anda.

5. Bergurau senda dengan isteri.
Cubalah hiburkan isteri anda dengan gurauan dan usikan yang tidak melampau. Kadangkala buat lawak bodoh pun tidak mengapa asalkan si isteri gembira.

6. Pegang tangan isteri ketika berjalan. Berjalan seiringan.
Sentiasalah berpegangan tangan dengan isteri ketika keluar berjalan. Ramai di antara kita ni, hanya suka berpegangan tangan masa belum kahwin. Tapi bilah dah kahwin, dibiarkan isteri berjalan keseorangan. Lebih teruk lagi, isteri ditinggalkan jauh berjalan di belakang. Siap buat macam tak kenal lagi…ish ish

0 comments:

Posting Komentar

 

review sahrul22.blogspot.com on alexa.com